Nuffnang Ads

Wednesday, December 11, 2013

Hamil dan masalah hidung tersumbat


Assalammualaikum.

Sekarang ni, umur kandungan hampir ke 31 minggu (30+ weeks) dah. alhamdulillah. makanya macam-macam masalah yang tak kritikal sangat berlaku. tapi agak memainkan kesan jugak ahh. lebih lebih lagi kat khairul. setiap kali balik kerja, mesti aku nak mintak dia urut. urut kepala lah, tengkok yang sentiasa tegang, angin, pinggang yang memang lenguh sangat sangat. hmm hmm. kesian juga. tapi nak buat macam mana? aku bukan sengaja. hihi. btw thank you suami sayang. sebab memahami.

bila dah hamil ni, masalah yang selalu aku perasaan yang berlaku pada badan adalah masalah hidung tersumbat, sakit tekak, sakit kepala. major problem untuk aku la. untuk mommies out there aku tak pasti lah. tapi kemungkinan besar akan berlaku perkara yang sama.



gambar ehsan daripada blog  Dr. Zubaidi . serious talk, aku memang cadangkan korang pergilah survey blog dia. banyak informasi berguna yang boleh korang semua ambik terutama sekali dari segi info kesihatan. eventho aku adalah follower TETAPI silent reader yang tak pernah pon komen entries dia. tapi aku cukup kagum dengan peyampaian yang dia berikan kat dalam blog tu. last but not least aku boleh tambah ilmu pengetahuan yang sedia ada cetek ni.:)

ok, berbalik pada masalah masa hamil ni, macam aku nyatakan tadi. dua major problem yang sering aku hadapi, batuk, sakit tekakdan sakit kepala. tengah menaip ni pon duk sok sek sok sek. berair je hidung ni.kepala pun berdenyut denyut :(

tapi bila aku buat research, masalah hidung tersumbat ni memang normal berlaku pada ibu-ibu mengandung. sebab sistem pertahanan kita makin rendah kerana kita yang tengah mengandung ni sedang melindungi bayi yang ada dalam rahim. see, berapa banyak pahala yang dah kita dapat. first sebab mengandung, lepastu kurang sihat sebab lindungi bayi kita. Masyaallah. aku harap kita kita semua ni dapat keredhaan daripada Allah s.w.t atas keikhlasan kita dan dipermudahkan urusan kita masa nak bersalin nanti. In sya Allah. Aamiin.

Selain tu jugak, bila kita menghidapi selesema, tu bermakana kita diserang penyakit sinuditis. yang antara lain tanda-tanda nya :

1. sakit tekak
2. batuk
3. hidung tersumbat
4. sakit kepala
5. demam

tiga daripada yang tersebut kat atas tu memang selalu aku hadap dari awal awal mengandung lagi. aku pun tak pasti kenapa. masa mengandungkan zaharah, takdelah aku macam ni sangat. yang kali kedua ni, jangan cakap lah. plus dengan muntah muntah lagi. yes, sampai aku dah nak 30 weeks pon aku masih muntah. muntah sebab angin. angin sebab tak makan, dan angin atau sejuk sebab salah makan. cerewet nya anak ibu ni. setiap anak berbeza kan. tak kan nak sama je. takdelah challenging journey orang kata. hihi.

bila ada masalah, mesti ada penyelesaiannya. tapi masalah  mcam ni selagi tak bersalin selagi tu lah tak habis. mustahil nak hilangkan virus virus penyakit. tapi apa yang boleh kita buat adalah dengan tingkatkan daya ketahanan tubuh badan kita sepnajng kehamilan. seperti :

1. Makan makan yang sihat dan seimbang. - makan ikut piramid makan. mana yang lebih dilebihkan, mana yang patut dikurangkan, kenalah makan sikit sahaja ya. jangan lupa, vitamin yang dibekalkan oleh klinik yang selalu korang buat monthly checkup tu. Vitamin c tu sangat penting ya.

kredit gambar Ryna Rahman thank you!

inilah contoh pil-pil vitamin yang korang akan dapat sebulan sekali masa check up tu. Ascorbic Acid tu lah vitamin C. Orange flavour. boleh hisap atau kunyah. satu hari sebiji je makan. yang lain lain tu Folic Acid, Vitamin -Complex dan Iron Tablets. Mengandung kali kedua ni aku ada masalah tekanan darah rendah, makanya dos Iron Tablets tu up sikit dari satu biji sehari kepada dua biji satu hari. SEDIHHHHHH.. rasa dia memanggggg memanggggggggg. :(

2. Berehat. - kalau nak diikutkan waktu rehat aku agak fleksibel lah. sebab ikut turn. makanya, dapatkan rehat secukupnya kalau ada masa terluang. waktu siang kalau zaharah tidur, aku pun tidur sekali, sebab bukan aku malas, tapi takdelah sampai berjam-jam, agak agak dapat  1 jam kira dh okay lah tu. aku tak nak sakit kepala mengganggu aku dan zaharah terabai.

3. minum banyak air. - aku akui memang aku susah minum air masak. sehari kadang kadang tak minum pon. sebab malas nak pergi ambik air kat level lain. nk kena tunggu lift lagi. ada takde pun kat rumah je. tu pun segelas dua. minggu depan ada check up, makanya lebih baik aku minum lebih sikit, sebab nak buat MGTT KALI KEDUA, hampeh betei. dan aku akan pastikan tiada MGTT KALI KETIGA. hihi. aku kena disiplinkan diri minum air, eventho mengandung atau tak. bila badan kurang air, inilah yang terjadi. sakit kepala. nyut nyut nyut. bantai air batu air manis jerrr. maaf ya!

4. keempat dan terakhir bersenam. - senaman dan buat kerja rumah adalah perkara yang berbeza. maka itu, kena rajin senam sesuai dengan keadaan badan kita yang tengah membuyung ni. kalau korang memang kaki pergi gym, korang boleh minta nasihat daripada kakitangan gym untuk kesesuaian program latihan korang ya! takpun, tanya kawan-kawan yang ada ikuti kelas aerobik, boleh ikut serta dan yang paling penting berhati-hati.

ok lah, otak macam tepu sikit nak taip panjang-panjang. aku harap informasi yang ada kat atas ni berguna untuk korang ya.

wassalam.

No comments:

Post a Comment