pagi ni aku browse akaun twitter aku yang aku kira dah lama jugak sebenarnya aku tak on kat situ. sebab follower pun ada macam tak de je. kawan-kawan prefer fb berbanding twitter. handphone aku pun tak selalu ada internet. fb opis kena block, maka twitter dan blog sahajalah tempat aku menyinggah sekejap sekejap sekejap. kat opis pengguna laman twitter mungkin kurang. maka sebab tu laman twitter tak disekat kotttttttttttt.
berbalik kepada tajuk entri aku. Lebih Satu. Atau erti kata lain maksud entri aku kahwin dua. bermadu. poligami.
tak salah.
tapi jadi persoalannya sekarang kat twitter yang aku terbaca tadi pagi pasal mintak izin daripada isteri pertama. persoalan ini jugak yang aku dan suami bincangkan semalam. whoaaa!! mesti ada yang terkejut pasal apa aku boleh berbincang topik mintak izin nak kahwin lagi satu dengan suami aku kan. suami aku nak kahwin lagi ke?
kahkahkah!jauhkan! btw aku pon tak introduce siapa diri aku yang sebenarnya. aku lah salah seorang daripada wanita-wanita kat luar sana yang hidup bermadu. tapi position aku sebagai isteri kedua. isteri muda. ya, memang aku masih muda. berkahwin pada umur 22 tahun. dapat baby girl umur 23. akan dapat baby lagi pada umur 25 insyaallah. jarak umur antara aku dengan suami almost 20 tahun. umur suami tahun ni pada bulan Oktober yang lepas 45 tahun. jauh kan? tapi tu lah orang kata jodoh.
tak tahu lah aku pernah termasin mulut cakap tak nak kahwin dengan suami orang by hook or by crook. tapi Allah kata kun maka jadi lah aku dengan dia sebagai suami isteri.
| 03122011 - officially married :') |
tapi bila isteri kedua bagi pandangan dia tentang tak salah seseorang lelaki berpoligami, mesti orang-orang-orang akan ingat
1. alah, bini nombol dua mestilah kata tak salah.
2. alah, bini nombol dua mestilah pertahankan hak.
3. alah, bini nombol dua mana nak mengaku rampas suami orang.
itu ayat-ayat yang biasa aku dengar daripada sebelum kahwin. memandangkan kitorang satu office, makanya kisah cinta kami berdua kira macam berprofil tinggi jugak ahh.
pendapat aku secara peribadi yang hidup dalam dunia poligami. tiada istilah "isteri-pertama-dapat-lebih-daripada-isteri-kedua". tapi kalaupun isteri pertama buat permintaan nak lebihlebih, isteri kedua terpaksa akur (permintaan melalui suami-suami buntu-takkan isteri kedua nak tengok je-bagilah peluang-atau erti kata lain MENGALAH)
sebab pada aku dalam poligami cuma satu je, tanggungjawab dan keadilan. bila mana si suami bertanggungjawab maka keadilan dapat dicipta. isteri-isteri pun patut toleransi sebenarnya. bukan dia bash dia, dia bash dia. nanti suami yang stress.
masing-masing kena beradab. kau tahu apa hak kau, makanya kau akan tahu apa hak pihak yang satu lagi wahai isteri-isteri. bukan mudah kita nak commit dalam hubungan poligami. tapi kalau kita redha, insyaallah. keadaan okay.
pendekatan aku? senang. fikirkan hidup kau hanya bersama suami. jangan salah faham. bukan aku tamak haloba. tapi sucikan hati terhadap suami. layan suami baik-baik. memang susah gak ahh. kau akan rasa jugak macam-macam sebenarnya. tapi perasaan tu kau letgo je lah. sebab itu adalah hakikat yang kau sedang tempuh sekarang. bila kita ok je kan, kau dengan hati terbuka tak kisah dengan keadaan kau yang sebenarnya BERMADU. bila tak kisah, kita boleh faham routine suami. contoh:
Pagi - mesti dia breakfast dengan isteri pertama dia (memandangkan kitorang satu office, tak berkira sangat sebab waktu lunch kan ada)
Tengahari - Lunch bersama. dekat bawah office ada kompleks, so makan kat mana-mana kedai pilihan kitorang je.
Petang - jarang hi-tea sebab office hour aku memang susah sikit nak keluar.
Malam - kalau malam turn aku, of course aku akan masak kat rumah. jarang kitorang makan malam kat kedai-kedai. entah kenapa macam tak pandai. honestly, aku akan rasa segan kalau makan malam kat luar dengan suami. except bulan puasa, sambut anni ke atau function lain. Anak pon dah makan. kena lah ikut selera si kecik tu jugak. :)
Pegang handphone berbalas sms pun adalah salah satu daripada routine juga. kena paham keadaan masing -masing je. let say, kau marah-marah husband kau tengah mesej dengan seseorang dan kau pasti itu adalah madu kau, biarkan. let it be. sebab mungkin masa tu dia ada emergency. bukan apa, once kau dah marah suami kau, menjeling bagai sebab dok gentel handphone mesej dengan madu, automatically, dia akan malas nak tengok hp dah memang kau akan berpuas hati.
tapi selepas tu, kau jangan marah kalau time suami kau turn kat rumah madu, kau sibuk-sibuk mesej tanya itu ini, ada urgent, tapi suami kau buat danggggg je. kau refresh balik kepala otak, semuanya berpunca daripada diri sendiri.
mungkin setakat tu je tips yang mampu aku ceritakan setakat kat entri kali ni. bukan apa. kang ada kakak-kakak yang terbaca macam tak puas hati tu, maaflah ya. lain orang lain pendapat dan pendekatan dia. tak semua orang hidup dalam keadaan dan suasana yang sama.
ok! enjoy reading.
wassalam.
No comments:
Post a Comment