bagaimana boleh aku sucikan hati untuk setiap umat di muka bumi.
susah nak senang hati,
kalau senang hati
pasti terpalit sikit iri,
aku penat untuk ini,
berilah aku hati yang murni,
tolonglah, Aallah.
Nurul Asyikin
rawak. on-the-go
Nuffnang Ads
Saturday, January 11, 2014
Wednesday, January 1, 2014
Happy Pregnancy
Assalamualaikum.
lamanya tak update blog. maaf sebab lama senyap ya readers.
hari ni, 1januari 2014. welcome new year. seingat ingatan sendiri, aku tak pernah update status kat fb, "201_ pls be nice to me". hihi. ok maaf sebab membahan. tapi setiap kali kita mendapat sesuatu yang baru, rezeki umpamanya seeloknya kita nak yang terbaik dan berterusan yang baik-baik sahaja. tapi ujian yang datang tak tentu. panjatkan doa dan kesyukuran apabila terima rezeki. In sya Allah. semuanya baik-baik aja.
okay. hari ni umur baby dalam perut kita dah masuk 33 minggu 4 hari. sekejapnya lagi kan kita nak terberanak. mengikut laporan Jururawat yang merawat tadi, bayi kini berada dalam kedudukan Transverse / melintang.
| pic source from momzelle blogspot |
sedih sangat. kandungan kedua berada dalam kedudukan macamni. saya ada masa tiga minggu lagi which is kandungan should be berusia 36 minggu, supaya kedudukan bayi menjadi normal / cephalic position.
melainkan sehingga waktu itu kedudukan bayi tak berubah, maka boleh lah suatu prosedur yang dinamakan ECV (External Cephalic Version) dilakukan kepada saya. kaedah yang dijalankan oleh pihak hospital dimana dijalankan oleh Doktor terlatih dalam bidang perbidanan supaya dapat membetulkan kedudukan bayi.
inilah prosedur yang dijalankan terhadap bayi yang masih berada di dalam kandungan supaya kedudukan bayi menjadi normal. tapi cuma buat kat luar je, takde kekdah seluk-seluk ni. hehehe.
prosedur juga dijalankan dengan pemantauan CTG terhadap bayi.
prosedur ni jugak dilakukan semasa kandungan berumur 36 hingga 37 minggu. kalau buat ECV lebih awal daripada tu, bimbang kedudukan bayi akan menjadi songsang semula apabila dah tiba EDD nanti. kalau buat ECV masa umur kandungan terlalu lewat, kandungan air ketuban yang semakin kurang menyebabkan kesukaran untuk bayi bergerak pula.
walaubagaimanapun, semasa kaedah ECV ini dijalankan dan sekiranya berlaku komplikasi, kelahiran secara kaedah caeserean adalah tidak menjadi masalah kerana bayi sudah cukup matang untuk dilahirkan.
lama lagi, ya memang lama. dan saya harap waktu 36 minggu tu keadaan serta kedudukan bayi semakin baik dimana saya boleh melahirkan bayi secara normal. semua itu impian setiap ibu, bersalin normal. tapi, kalau dah memang ditakdirkan bayi dikehendaki dilahirkan secara caeserean, saya pasrah berbanding menghadapi komplikasi pada bayi akan datang. kena belah perut. magad!
oh, saya tak buat scan untuk bayi kedua ni. nak surprise sikit boleh kan? hehe. malam ni, kat jasko ada sale katanya, ni kira last minute shopping sebelum bertemu hari beranak kelak. moga dipermudahkan. harap kesihatan malam ni baik baik saje.
dear baby,
ibu harap awak kat dalam tu baik-baik ya sayang. ibu sayang awak. pls behave. ibu harap awak boleh pusing ke tempat yang betul dimana sepatutnya awak duduk. ibu tunggu awak sayang. ibu sayang awak. kakak awak mesti tak sabar nak tunggu kelahiran adik dia. ibu dengan papa sabar setiap apa yang berlaku kini.
oh, saya sedang sebak. sangat sebak.
kbai.
wassalam.
Wednesday, December 11, 2013
dari mata turun ke hati
Assalammualaikum.
Sudah begitu lama blog ni agak menyepi. sibuk sikit dengan kerja kerja opis. kurang sihat pun ya jugak. refer pada tajuk entri. berkenaan mata. mata adalah rahmat dari Allah yang memang kita akan nikmatinya betul betul. pernah tak bayangkan kita bangun pagi tiba-tiba keadaan gelap. tak nampak apa-apa. nauzubillah. mohon dijauhkan.
the truth i is rabun. rabun yang tak lah berapa kritikal. masih mampu nampak lagi. tapi tak lah sejelas orang yang penglihatannya sangat baik. actually sebelum ni aku pakai spec. first time pakai hujung tahun 2010. macam kelako pulak rasanya aku pakai spec mula-mula. pergi dengan khairul (time bercinta masa ittew yeww). hihi. bab nak memilih segala apa gaya, baik dari baju, seluar, tudung, sampailah ke cermin mata tu, khairul punya tugas. senjak kawan dengan dia ah. sebelum sebelum tu aku main bantai je nak pakai apa.
pemilihan warna, corak, match ke tak match tudung semua dia yang tentukan. but... dia kan berumur sikit, tapi kau jangan pandang sebelah mata. taste dia bagus jugak. cuma kadang kadang adalah selai dua lai macam kelako sikit kan aku pakainya. tak kena langsung. hihi. ni kalau dia tahu apa yang aku taip nih, mau kecik ati seminggu.
back on track, aku ingat lagi masa hari jadik mak aku tahun 2010. aku teringin nak belikan mak aku jubah. masa tu dah bekerja, ada duit, nak juga bagi mak abah rasa. so decide lah kat khairul, pergi kota tinggi. carik jubah. katanya banyak pilihan. harga boleh nego. jalan punya jalan kat kawasan kemboja yang memang terkenal kat kota tu, maka terjumpa lah selai jubah ni. warna itam. splash colour, hijau. cantik!! memang sesuai dengan mak warna tu. abah pon puhji tauuuu!! hihi. sampai sekarang aku tengok mak pakai jubah tu. masa aku nikah, masa along nikah pon sama. mak pkai. auchnya!!! bukan apa, umur mak dan khairul ala-ala sebaya gittew. so tak de hal sangat.
bab nak menggayakan aku nih ha. kadang agak susah sikit. biasa lah aku ni cerewet dan mudah rambang mata. sekejap nak yang kiri sekejap nak yang kanan.
baru baru ni aku pergi pantai merdeka kat kedah sana tu. oh, titian perjalanan nya nanti aku update. tragik sangat. nampaklah satu beg ni, cantik. kat batu pahat itu ari pon aku tengok melambak. paling rendah dia jual rm25. kat pantai merdeka aku tak tahu berapa rm. makanya ku capailah beg tu, tunjuk khairul.
aku : Papa, cantik kan? (sambil bergaya sangkut kat bahu)
khairul : Cantik ke? petak je macam tu.
aku : -.- (bengang, malu, sedih)
then pusing-pusing lagi, nampak beg yang memang kalau pakai untuk orang-orang yang bekerjaya.
khairul : ha, beg ni kan cantik, sesuai kalau ibu pakai.
aku : yeke? macam mak datin sangat ni.
khairul : tak lah bu, cantik ni.
aku : tapi kecik tak boleh nak sumbat susu zaharah. (alasan selamat)
khairul : tapi cantik ni. bergaya.
aku : yeke? emm,ok lah jugak. (sambil berlalu keluar kedai)
khairul : belek belek je beg tu.(nampak berkenan sangat)
kadang-kadang memang ada certain taste tak sama dan susah aku nak terima kalau dia nak sangat aku pakai. sama macam baju anak. dia prefer baju yang ada lengan. aku pulak suka tengok zaharah pakai bju sleeveless, gown, skirt. anak perempuan kan. tapi awal-awal dah warning. kalau nak belikan , beli yang sopan. biasa lalu Anakku, menjejes jejes air liur tengok skirt cantik cantik. mungkin dia tak nak anak dia terikut ikut bila dah besar kottttt. bagus juga. tapi kalau ada sehelai dua, apa salahnya. hih.
ok lah, aku macam ngantok ni. nak lelap mata kejap.
wassalam!

Hamil dan masalah hidung tersumbat
Assalammualaikum.
Sekarang ni, umur kandungan hampir ke 31 minggu (30+ weeks) dah. alhamdulillah. makanya macam-macam masalah yang tak kritikal sangat berlaku. tapi agak memainkan kesan jugak ahh. lebih lebih lagi kat khairul. setiap kali balik kerja, mesti aku nak mintak dia urut. urut kepala lah, tengkok yang sentiasa tegang, angin, pinggang yang memang lenguh sangat sangat. hmm hmm. kesian juga. tapi nak buat macam mana? aku bukan sengaja. hihi. btw thank you suami sayang. sebab memahami.
bila dah hamil ni, masalah yang selalu aku perasaan yang berlaku pada badan adalah masalah hidung tersumbat, sakit tekak, sakit kepala. major problem untuk aku la. untuk mommies out there aku tak pasti lah. tapi kemungkinan besar akan berlaku perkara yang sama.
ok, berbalik pada masalah masa hamil ni, macam aku nyatakan tadi. dua major problem yang sering aku hadapi, batuk, sakit tekakdan sakit kepala. tengah menaip ni pon duk sok sek sok sek. berair je hidung ni.kepala pun berdenyut denyut :(
tapi bila aku buat research, masalah hidung tersumbat ni memang normal berlaku pada ibu-ibu mengandung. sebab sistem pertahanan kita makin rendah kerana kita yang tengah mengandung ni sedang melindungi bayi yang ada dalam rahim. see, berapa banyak pahala yang dah kita dapat. first sebab mengandung, lepastu kurang sihat sebab lindungi bayi kita. Masyaallah. aku harap kita kita semua ni dapat keredhaan daripada Allah s.w.t atas keikhlasan kita dan dipermudahkan urusan kita masa nak bersalin nanti. In sya Allah. Aamiin.
Selain tu jugak, bila kita menghidapi selesema, tu bermakana kita diserang penyakit sinuditis. yang antara lain tanda-tanda nya :
1. sakit tekak
2. batuk
3. hidung tersumbat
4. sakit kepala
5. demam
tiga daripada yang tersebut kat atas tu memang selalu aku hadap dari awal awal mengandung lagi. aku pun tak pasti kenapa. masa mengandungkan zaharah, takdelah aku macam ni sangat. yang kali kedua ni, jangan cakap lah. plus dengan muntah muntah lagi. yes, sampai aku dah nak 30 weeks pon aku masih muntah. muntah sebab angin. angin sebab tak makan, dan angin atau sejuk sebab salah makan. cerewet nya anak ibu ni. setiap anak berbeza kan. tak kan nak sama je. takdelah challenging journey orang kata. hihi.
bila ada masalah, mesti ada penyelesaiannya. tapi masalah mcam ni selagi tak bersalin selagi tu lah tak habis. mustahil nak hilangkan virus virus penyakit. tapi apa yang boleh kita buat adalah dengan tingkatkan daya ketahanan tubuh badan kita sepnajng kehamilan. seperti :
1. Makan makan yang sihat dan seimbang. - makan ikut piramid makan. mana yang lebih dilebihkan, mana yang patut dikurangkan, kenalah makan sikit sahaja ya. jangan lupa, vitamin yang dibekalkan oleh klinik yang selalu korang buat monthly checkup tu. Vitamin c tu sangat penting ya.
![]() |
| kredit gambar Ryna Rahman thank you! |
inilah contoh pil-pil vitamin yang korang akan dapat sebulan sekali masa check up tu. Ascorbic Acid tu lah vitamin C. Orange flavour. boleh hisap atau kunyah. satu hari sebiji je makan. yang lain lain tu Folic Acid, Vitamin -Complex dan Iron Tablets. Mengandung kali kedua ni aku ada masalah tekanan darah rendah, makanya dos Iron Tablets tu up sikit dari satu biji sehari kepada dua biji satu hari. SEDIHHHHHH.. rasa dia memanggggg memanggggggggg. :(
2. Berehat. - kalau nak diikutkan waktu rehat aku agak fleksibel lah. sebab ikut turn. makanya, dapatkan rehat secukupnya kalau ada masa terluang. waktu siang kalau zaharah tidur, aku pun tidur sekali, sebab bukan aku malas, tapi takdelah sampai berjam-jam, agak agak dapat 1 jam kira dh okay lah tu. aku tak nak sakit kepala mengganggu aku dan zaharah terabai.
3. minum banyak air. - aku akui memang aku susah minum air masak. sehari kadang kadang tak minum pon. sebab malas nak pergi ambik air kat level lain. nk kena tunggu lift lagi. ada takde pun kat rumah je. tu pun segelas dua. minggu depan ada check up, makanya lebih baik aku minum lebih sikit, sebab nak buat MGTT KALI KEDUA, hampeh betei. dan aku akan pastikan tiada MGTT KALI KETIGA. hihi. aku kena disiplinkan diri minum air, eventho mengandung atau tak. bila badan kurang air, inilah yang terjadi. sakit kepala. nyut nyut nyut. bantai air batu air manis jerrr. maaf ya!
4. keempat dan terakhir bersenam. - senaman dan buat kerja rumah adalah perkara yang berbeza. maka itu, kena rajin senam sesuai dengan keadaan badan kita yang tengah membuyung ni. kalau korang memang kaki pergi gym, korang boleh minta nasihat daripada kakitangan gym untuk kesesuaian program latihan korang ya! takpun, tanya kawan-kawan yang ada ikuti kelas aerobik, boleh ikut serta dan yang paling penting berhati-hati.
ok lah, otak macam tepu sikit nak taip panjang-panjang. aku harap informasi yang ada kat atas ni berguna untuk korang ya.
wassalam.
Wednesday, November 20, 2013
sepi tanpa teman
assalammualaikum.
untuk dua hari ni, aku dan zaharah berdua saje kat pasir gudang. khairul takde. outstation. sedih tau. tiap tiap bulan sekarang ni outstation jer. rajin pulak orang-orang office bawak dia. hmm hmm.
setiap bulan hampir dua kali. dua kali kalau sehari tak pe. dua kali tapi sampai 3 ke 4 hari. jauh. kl okay lagi. sampai perak lah paling jauh. cuma ada lah sekali dijemput pergi eksplorasi naik keretapi pergi Danok. tapi disebabkan keadaan yang tak mengizinkan, maka khairul pun tak pergi.
anak dia yang lagi sorang tak sihat. dia pon tak sihat. (Alhamdulilloh!)
setiap kali dia outstation, setiap kali itu jugak aku nak kena pergi check up. masyaallah. nasib baik check up baby, kalau check up zaharah. melongoi aku nak jaga dia kat klinik tu. kemain nak berjalan sorang je. semua nak explore kat klinik tu. marah kang lagila kemain.
tapi ada berita baiknya. esok mak abah nak datang rumah. nak ambik aku dua beranak balik kampung. mungkin malam sampai. harap perjalanan dorang selamat. Insyaallah. cuma motif aku menaip entri ni sebab aku tak tahu nak masakkan apa untuk dorang esok malam. katanya nak yang simple simple je janji sedap dan kenyang.
apa yang simple dan apa yang sedap ahhh???
haih lah.. nak masak pun susah tauuuuu. ingat senang ker? sampai la ni aku masih mencari cari resepi yang sesuai untuk disajikan kepada mak abah. ting ting ting!!! tiba tiba kepala hotak dapat idea secara. serius. dalam pada menaip ni.
macam nak masak:
1. chap chai
2. ikan bakor
3. tempe goreng
harap boleh lah aku buat esok. kalau ada yang lagi power, masak lah.

Thursday, November 14, 2013
Lebih Satu
Assalammualaikum semua.
pagi ni aku browse akaun twitter aku yang aku kira dah lama jugak sebenarnya aku tak on kat situ. sebab follower pun ada macam tak de je. kawan-kawan prefer fb berbanding twitter. handphone aku pun tak selalu ada internet. fb opis kena block, maka twitter dan blog sahajalah tempat aku menyinggah sekejap sekejap sekejap. kat opis pengguna laman twitter mungkin kurang. maka sebab tu laman twitter tak disekat kotttttttttttt.
berbalik kepada tajuk entri aku. Lebih Satu. Atau erti kata lain maksud entri aku kahwin dua. bermadu. poligami.
tak salah.
tapi jadi persoalannya sekarang kat twitter yang aku terbaca tadi pagi pasal mintak izin daripada isteri pertama. persoalan ini jugak yang aku dan suami bincangkan semalam. whoaaa!! mesti ada yang terkejut pasal apa aku boleh berbincang topik mintak izin nak kahwin lagi satu dengan suami aku kan. suami aku nak kahwin lagi ke?
kahkahkah!jauhkan! btw aku pon tak introduce siapa diri aku yang sebenarnya. aku lah salah seorang daripada wanita-wanita kat luar sana yang hidup bermadu. tapi position aku sebagai isteri kedua. isteri muda. ya, memang aku masih muda. berkahwin pada umur 22 tahun. dapat baby girl umur 23. akan dapat baby lagi pada umur 25 insyaallah. jarak umur antara aku dengan suami almost 20 tahun. umur suami tahun ni pada bulan Oktober yang lepas 45 tahun. jauh kan? tapi tu lah orang kata jodoh.
tak tahu lah aku pernah termasin mulut cakap tak nak kahwin dengan suami orang by hook or by crook. tapi Allah kata kun maka jadi lah aku dengan dia sebagai suami isteri.
ok. bukan pasal antologi perkahwinan dara dan suami orang sekarang ni tapi pasal poligami.
tapi bila isteri kedua bagi pandangan dia tentang tak salah seseorang lelaki berpoligami, mesti orang-orang-orang akan ingat
1. alah, bini nombol dua mestilah kata tak salah.
2. alah, bini nombol dua mestilah pertahankan hak.
3. alah, bini nombol dua mana nak mengaku rampas suami orang.
itu ayat-ayat yang biasa aku dengar daripada sebelum kahwin. memandangkan kitorang satu office, makanya kisah cinta kami berdua kira macam berprofil tinggi jugak ahh.
pendapat aku secara peribadi yang hidup dalam dunia poligami. tiada istilah "isteri-pertama-dapat-lebih-daripada-isteri-kedua". tapi kalaupun isteri pertama buat permintaan nak lebihlebih, isteri kedua terpaksa akur (permintaan melalui suami-suami buntu-takkan isteri kedua nak tengok je-bagilah peluang-atau erti kata lain MENGALAH)
sebab pada aku dalam poligami cuma satu je, tanggungjawab dan keadilan. bila mana si suami bertanggungjawab maka keadilan dapat dicipta. isteri-isteri pun patut toleransi sebenarnya. bukan dia bash dia, dia bash dia. nanti suami yang stress.
masing-masing kena beradab. kau tahu apa hak kau, makanya kau akan tahu apa hak pihak yang satu lagi wahai isteri-isteri. bukan mudah kita nak commit dalam hubungan poligami. tapi kalau kita redha, insyaallah. keadaan okay.
pendekatan aku? senang. fikirkan hidup kau hanya bersama suami. jangan salah faham. bukan aku tamak haloba. tapi sucikan hati terhadap suami. layan suami baik-baik. memang susah gak ahh. kau akan rasa jugak macam-macam sebenarnya. tapi perasaan tu kau letgo je lah. sebab itu adalah hakikat yang kau sedang tempuh sekarang. bila kita ok je kan, kau dengan hati terbuka tak kisah dengan keadaan kau yang sebenarnya BERMADU. bila tak kisah, kita boleh faham routine suami. contoh:
Pagi - mesti dia breakfast dengan isteri pertama dia (memandangkan kitorang satu office, tak berkira sangat sebab waktu lunch kan ada)
Tengahari - Lunch bersama. dekat bawah office ada kompleks, so makan kat mana-mana kedai pilihan kitorang je.
Petang - jarang hi-tea sebab office hour aku memang susah sikit nak keluar.
Malam - kalau malam turn aku, of course aku akan masak kat rumah. jarang kitorang makan malam kat kedai-kedai. entah kenapa macam tak pandai. honestly, aku akan rasa segan kalau makan malam kat luar dengan suami. except bulan puasa, sambut anni ke atau function lain. Anak pon dah makan. kena lah ikut selera si kecik tu jugak. :)
Pegang handphone berbalas sms pun adalah salah satu daripada routine juga. kena paham keadaan masing -masing je. let say, kau marah-marah husband kau tengah mesej dengan seseorang dan kau pasti itu adalah madu kau, biarkan. let it be. sebab mungkin masa tu dia ada emergency. bukan apa, once kau dah marah suami kau, menjeling bagai sebab dok gentel handphone mesej dengan madu, automatically, dia akan malas nak tengok hp dah memang kau akan berpuas hati.
tapi selepas tu, kau jangan marah kalau time suami kau turn kat rumah madu, kau sibuk-sibuk mesej tanya itu ini, ada urgent, tapi suami kau buat danggggg je. kau refresh balik kepala otak, semuanya berpunca daripada diri sendiri.
mungkin setakat tu je tips yang mampu aku ceritakan setakat kat entri kali ni. bukan apa. kang ada kakak-kakak yang terbaca macam tak puas hati tu, maaflah ya. lain orang lain pendapat dan pendekatan dia. tak semua orang hidup dalam keadaan dan suasana yang sama.
ok! enjoy reading.

| 03122011 - officially married :') |

Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)