lamanya tak update blog. maaf sebab lama senyap ya readers.
hari ni, 1januari 2014. welcome new year. seingat ingatan sendiri, aku tak pernah update status kat fb, "201_ pls be nice to me". hihi. ok maaf sebab membahan. tapi setiap kali kita mendapat sesuatu yang baru, rezeki umpamanya seeloknya kita nak yang terbaik dan berterusan yang baik-baik sahaja. tapi ujian yang datang tak tentu. panjatkan doa dan kesyukuran apabila terima rezeki. In sya Allah. semuanya baik-baik aja.
okay. hari ni umur baby dalam perut kita dah masuk 33 minggu 4 hari. sekejapnya lagi kan kita nak terberanak. mengikut laporan Jururawat yang merawat tadi, bayi kini berada dalam kedudukan Transverse / melintang.
| pic source from momzelle blogspot |
sedih sangat. kandungan kedua berada dalam kedudukan macamni. saya ada masa tiga minggu lagi which is kandungan should be berusia 36 minggu, supaya kedudukan bayi menjadi normal / cephalic position.
melainkan sehingga waktu itu kedudukan bayi tak berubah, maka boleh lah suatu prosedur yang dinamakan ECV (External Cephalic Version) dilakukan kepada saya. kaedah yang dijalankan oleh pihak hospital dimana dijalankan oleh Doktor terlatih dalam bidang perbidanan supaya dapat membetulkan kedudukan bayi.
inilah prosedur yang dijalankan terhadap bayi yang masih berada di dalam kandungan supaya kedudukan bayi menjadi normal. tapi cuma buat kat luar je, takde kekdah seluk-seluk ni. hehehe.
prosedur juga dijalankan dengan pemantauan CTG terhadap bayi.
prosedur ni jugak dilakukan semasa kandungan berumur 36 hingga 37 minggu. kalau buat ECV lebih awal daripada tu, bimbang kedudukan bayi akan menjadi songsang semula apabila dah tiba EDD nanti. kalau buat ECV masa umur kandungan terlalu lewat, kandungan air ketuban yang semakin kurang menyebabkan kesukaran untuk bayi bergerak pula.
walaubagaimanapun, semasa kaedah ECV ini dijalankan dan sekiranya berlaku komplikasi, kelahiran secara kaedah caeserean adalah tidak menjadi masalah kerana bayi sudah cukup matang untuk dilahirkan.
lama lagi, ya memang lama. dan saya harap waktu 36 minggu tu keadaan serta kedudukan bayi semakin baik dimana saya boleh melahirkan bayi secara normal. semua itu impian setiap ibu, bersalin normal. tapi, kalau dah memang ditakdirkan bayi dikehendaki dilahirkan secara caeserean, saya pasrah berbanding menghadapi komplikasi pada bayi akan datang. kena belah perut. magad!
oh, saya tak buat scan untuk bayi kedua ni. nak surprise sikit boleh kan? hehe. malam ni, kat jasko ada sale katanya, ni kira last minute shopping sebelum bertemu hari beranak kelak. moga dipermudahkan. harap kesihatan malam ni baik baik saje.
dear baby,
ibu harap awak kat dalam tu baik-baik ya sayang. ibu sayang awak. pls behave. ibu harap awak boleh pusing ke tempat yang betul dimana sepatutnya awak duduk. ibu tunggu awak sayang. ibu sayang awak. kakak awak mesti tak sabar nak tunggu kelahiran adik dia. ibu dengan papa sabar setiap apa yang berlaku kini.
oh, saya sedang sebak. sangat sebak.
kbai.
wassalam.
.jpg)
No comments:
Post a Comment